MERDEKA...
22 minit lagi,kita bakal menyambut Merdeka kali ke-52..
tapi adakah kita benar2 telah merdeka..
jawapannya tidak.!
kita masih lagi belum merdeka sepenuhnya..
di sekeliling kita telah menampakkan apa yang saya katakan..
di KL sahaja,
bermacam2 perkara kita boleh lihat..
remaja2 sering menghabiskan masa melepak tanpa haluan & tujuan..
pasangan kekasih sering menunjuk2 belaian kasih sayang mereka di khalayak ramai..
kononnya romantik..
terutamanya yang beragama Islam..
tidakkah mereka malu..
agama Islam menegah bukan muhrim berdua-duaan di tempat sunyi mahupun di tempat terbuka..
mereka telah menjatuhkan imej orang Islam..
Islam kini,seperti tidak wujud di dalam diri kita semua..
sedangkan mereka telah belajar apa yang patut di buat dan ditunjuk kepada orang ramai dan apa yang tidak..
jenayah pula kini semakin berleluasa..
seperti tiada undang2 di negara ini..
sedangkan kerajaan sudah melakukan bermacam-macam cara untuk mencegah kesemua perkara ini..
tapi apa hasilnya..
semakin ramai penduduk di Malaysia,semakin bertambah perkara2 yang tidak diingini..
dulu..
Orang Melayu kita bersatu padu menentang gejala-gejala ini..
ini semua kerana ideologi barat..
ideologi-ideologi barat semakin berleluasa di Malaysia..
mereka telah mengubah segala cara hidup kita orang melayu di Malaysia..
apakah yang harus kita lakukan..
aku tahu..
aku juga pernah bercinta..
aku juga pernah melepak..
tapi aku cuba mengubah..
mengubah segala-galanya..
tapi bagaimana..
jika seorang berubah dan yang lain tiada tekad untuk berubah..
adakah ini yang anda faham tentang merdeka..?
MERDEKA...
merdeka mempunyai maksud..
kita perlu mendalami dan memahami apa itu kemerdekaan..
janganlah kita mensia-siakan pengorbanan yang dilakukan oleh perajurit-perajurit yang telah bersusah payah mengerahkan tulang empat kerat mereka demi untuk memerdekakan Tanah Melayu..
Bergadai nyawa menentang penjajah-penjajah asing..
tanpa mengenal erti putus asa..
tapi selepas lebih 50tahun..
semua itu telah menjadi sia-sia semula..
wahai anak muda..
abunmu masih lembut..
bangkitlah..
marilah kita bersama-sama..
menentang ideologi barat ini..
agar kita merdeka semula..
wahai generasi muda..
marilah kita bersatu padu..
berpegang kepada kata-kata yang satu..
MERDEKA..!
tentanglah mereka yang tidak tahu apa itu merdeka..
dekatilah mereka..
dan tunjukkanlah mereka jalan yang benar..
semoga apa yang diperjuangkan selama ini..
tidak hilang di dunia..
dan diingati selama-lamanya oleh rakyat MALAYSIA..!
MERDEKA..!MERDEKA..!MERDEKA..!
kEroL,Signing Off..
12:02am..!
Sunday, August 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment